关于知识产权 知识产权培训 树立尊重知识产权的风尚 知识产权外联 部门知识产权 知识产权和热点议题 特定领域知识产权 专利和技术信息 商标信息 工业品外观设计信息 地理标志信息 植物品种信息(UPOV) 知识产权法律、条约和判决 知识产权资源 知识产权报告 专利保护 商标保护 工业品外观设计保护 地理标志保护 植物品种保护(UPOV) 知识产权争议解决 知识产权局业务解决方案 知识产权服务缴费 谈判与决策 发展合作 创新支持 公私伙伴关系 人工智能工具和服务 组织简介 与产权组织合作 问责制 专利 商标 工业品外观设计 地理标志 版权 商业秘密 WIPO学院 讲习班和研讨会 知识产权执法 WIPO ALERT 宣传 世界知识产权日 WIPO杂志 案例研究和成功故事 知识产权新闻 产权组织奖 企业 高校 土著人民 司法机构 遗传资源、传统知识和传统文化表现形式 经济学 性别平等 全球卫生 气候变化 竞争政策 可持续发展目标 前沿技术 移动应用 体育 旅游 PATENTSCOPE 专利分析 国际专利分类 ARDI - 研究促进创新 ASPI - 专业化专利信息 全球品牌数据库 马德里监视器 Article 6ter Express数据库 尼斯分类 维也纳分类 全球外观设计数据库 国际外观设计公报 Hague Express数据库 洛迦诺分类 Lisbon Express数据库 全球品牌数据库地理标志信息 PLUTO植物品种数据库 GENIE数据库 产权组织管理的条约 WIPO Lex - 知识产权法律、条约和判决 产权组织标准 知识产权统计 WIPO Pearl(术语) 产权组织出版物 国家知识产权概况 产权组织知识中心 产权组织技术趋势 全球创新指数 世界知识产权报告 PCT - 国际专利体系 ePCT 布达佩斯 - 国际微生物保藏体系 马德里 - 国际商标体系 eMadrid 第六条之三(徽章、旗帜、国徽) 海牙 - 国际外观设计体系 eHague 里斯本 - 国际地理标志体系 eLisbon UPOV PRISMA UPOV e-PVP Administration UPOV e-PVP DUS Exchange 调解 仲裁 专家裁决 域名争议 检索和审查集中式接入(CASE) 数字查询服务(DAS) WIPO Pay 产权组织往来账户 产权组织各大会 常设委员会 会议日历 WIPO Webcast 产权组织正式文件 发展议程 技术援助 知识产权培训机构 COVID-19支持 国家知识产权战略 政策和立法咨询 合作枢纽 技术与创新支持中心(TISC) 技术转移 发明人援助计划(IAP) WIPO GREEN 产权组织的PAT-INFORMED 无障碍图书联合会 产权组织服务创作者 WIPO Translate 语音转文字 分类助手 成员国 观察员 总干事 部门活动 驻外办事处 职位空缺 采购 成果和预算 财务报告 监督
Arabic English Spanish French Russian Chinese
法律 条约 判决 按管辖区浏览

工业品外观设计(修正案)法2013(第A1449), 马来西亚

返回
WIPO Lex中的最新版本
详情 详情 版本年份 2013 日期 生效: 2013年7月1日 公布: 2013年1月22日 同意: 2013年1月18日 制定: 2013年1月18日 文本类型 主要知识产权法 主题 工业品外观设计 本法第1(2)条规定其应于部长在官方公报上指定的日期生效。

可用资料

主要文本 相关文本
主要文本 主要文本 英语 Industrial Designs (Amendment) Act 2013 (Act No. A1449)      马来西亚语 Akta Reka Bentuk Perindustrian (Pindaan) 2013 (Akta A1449)        

Reka Bentuk Perindustrian (Pindaan) 1

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta A1449

AktA REkA BENtUk PERINDUStRIAN (PINDAAN) 2013

JW000084 A1449 (BM).indd 1 1/22/13 9:20:48 AM

Undang-Undang Malaysia2 AktA A1449

Tarikh Perkenan Diraja ... ... 18 Januari 2013

Tarikh penyiaran dalam Warta ... 22 Januari 2013

Hakcipta Pencetak H PERcEtAkAN NASIoNAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada kerajaan Malaysia yang dilantik).

JW000084 A1449 (BM).indd 2 1/22/13 9:20:48 AM

Reka Bentuk Perindustrian (Pindaan) 3

Suatu Akta untuk meminda Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996.

[ ]

DIPERBUAt oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Reka Bentuk Perindustrian (Pindaan) 2013.

(2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Pindaan seksyen 3

2. Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 [Akta 552], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam subseksyen 3(1) dengan memasukkan selepas takrif “ditetapkan” takrif yang berikut:

‘ “Jurnal Rasmi” ertinya Jurnal Rasmi Harta Intelek yang diterbitkan oleh Pendaftar di bawah seksyen 46a;’.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta A1449

AktA REkA BENtUk PERINDUStRIAN (PINDAAN) 2013

JW000084 A1449 (BM).indd 3 1/22/13 9:20:48 AM

Undang-Undang Malaysia4 AktA A1449

Pindaan seksyen 12

3. Perenggan 12(2)(a) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “Malaysia” perkataan “atau di tempat lain”.

Pindaan seksyen 22

4. Subseksyen 22(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Warta” dengan perkataan “Jurnal Rasmi”.

Pindaan seksyen 25

5. Seksyen 25 Akta ibu dipinda—

(a) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “dua” dengan perkataan “empat”; dan

(b) dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan “Warta” dengan perkataan “Jurnal Rasmi”.

Pindaan seksyen 26

6. Seksyen 26 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Warta” di mana-mana jua ia terdapat dengan perkataan “Jurnal Rasmi”.

Pindaan tajuk Bahagian V

7. Akta ibu dipinda dengan menggantikan tajuk Bahagian V dengan tajuk yang berikut:

“REKA BENTUK PERINDUSTRIAN BERDAFTAR SEBAGAI HARTA SENDIRI”.

Penggantian seksyen 29 dan 30

8. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 29 dan 30 dengan seksyen yang berikut:

Reka bentuk perindustrian berdaftar adalah harta sendiri

29. (1) Sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar adalah harta sendiri dan boleh diserahhakkan, dipindahkan atau

JW000084 A1449 (BM).indd 4 1/22/13 9:20:48 AM

Reka Bentuk Perindustrian (Pindaan) 5

diuruskan melalui kuat kuasa undang-undang sebagaimana harta sendiri atau harta alih yang lain, tertakluk kepada peruntukan seksyen ini.

(2) Apa-apa perpindahan reka bentuk perindustrian berdaftar atau permohonan bagi pendaftaran sesuatu reka bentuk perindustrian adalah tertakluk kepada apa-apa hak yang diletakhakkan pada mana-mana orang lain yang notis mengenainya telah dicatatkan dalam Daftar atau yang notis mengenainya telah diberikan kepada Pendaftar.

(3) Sesuatu penyerahhakan reka bentuk perindustrian berdaftar atau permohonan bagi pendaftaran sesuatu reka bentuk perindustrian tidak berkuat kuasa melainkan jika penyerahhakan itu adalah secara bertulis dan ditandatangani oleh atau bagi pihak penyerah hak dan pemegang serah hak atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, wakil dirinya.

(4) Subseksyen (3) hendaklah terpakai bagi penyerahhakan sebagai sekuriti sebagaimana yang berhubungan dengan mana- mana penyerahhakan yang lain.

(5) Sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar boleh menjadi subjek suatu kepentingan sekuriti sebagaimana harta sendiri atau harta alih yang lain.

(6) Pemunya reka bentuk perindustrian berdaftar boleh memberi lesen kepada mana-mana orang untuk menggunakan reka bentuk perindustrian berdaftar itu.

(7) Apa-apa hak berkenaan dengan sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar boleh dikuatkuasakan sebagaimana berkenaan dengan harta sendiri atau harta alih yang lain.

Perekodan penyerahhakan, dsb.

30. (1) Jika seseorang menjadi berhak kepada—

(a) sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar melalui sesuatu penyerahhakan atau perpindahan atau melalui kuat kuasa undang-undang atau melalui urus niaga kepentingan sekuriti; atau

(b) sesuatu permohonan bagi pendaftaran sesuatu reka bentuk perindustrian melalui sesuatu penyerahhakan atau perpindahan,

JW000084 A1449 (BM).indd 5 1/22/13 9:20:49 AM

Undang-Undang Malaysia6 AktA A1449

dia hendaklah memohon kepada Pendaftar mengikut cara yang ditetapkan untuk merekodkan hakmilik atau kepentingannya dalam Daftar.

(2) Pendaftar hendaklah merekodkan butir-butir mengenai hakmilik atau kepentingan yang disebut dalam subseksyen (1) dalam Daftar.

(3) Tiada penyerahhakan atau perpindahan atau kuat kuasa undang-undang atau urus niaga kepentingan sekuriti berkenaan dengan sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar boleh berkuat kuasa terhadap pihak ketiga melainkan jika direkodkan dalam Daftar.”.

Pindaan seksyen 35

9. Seksyen 35 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(4) Mahkamah hendaklah enggan mengawardkan kos kepada pemunya sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar yang menjadi berhak kepada reka bentuk perindustrian berdaftar itu melalui penyerahhakan atau perpindahan atau melalui kuat kuasa undang-undang atau melalui urus niaga kepentingan sekuriti berkenaan dengan sesuatu pelanggaran melainkan jika—

(a) suatu permohonan untuk merekodkan hakmilik atau kepentingannya telah dibuat di bawah seksyen 30 sebelum berakhirnya tempoh enam bulan yang bermula dari tarikh urus niaga yang berkenaan; atau

(b) Mahkamah berpuas hati bahawa adalah tidak praktik bagi permohonan tersebut dibuat sebelum berakhirnya tempoh tersebut dan bahawa suatu permohonan telah dibuat dengan secepat yang praktik selepas itu.”.

Seksyen baru 46A

10. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 46 seksyen yang berikut:

Jurnal Rasmi Harta Intelek

46A. (1) Pendaftar hendaklah menerbitkan suatu Jurnal Rasmi Harta Intelek yang hendaklah mengandungi—

(a) semua perkara yang berhubungan dengan reka bentuk perindustrian yang dikehendaki untuk disiarkan

JW000084 A1449 (BM).indd 6 1/22/13 9:20:49 AM

Reka Bentuk Perindustrian (Pindaan) 7

di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; dan

(b) apa-apa maklumat atau perkara lain yang berhubungan dengan reka bentuk perindustrian yang didapati berguna atau penting secara amnya oleh Pendaftar.

(2) Jurnal Rasmi hendaklah disediakan kepada awam apabila fi yang ditetapkan dibayar.

(3) Penyiaran dalam Jurnal Rasmi hendaklah menjadi notis yang mencukupi bagi apa-apa perkara yang dikehendaki untuk disiarkan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan- peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(4) Sesalinan Jurnal Rasmi hendaklah atas pengemukaannya diterima dalam prosiding undang-undang sebagai keterangan tanpa bukti lanjut diberikan bahawa salinan itu telah disiarkan sedemikian.

(5) Sesalinan Jurnal Rasmi hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang fakta yang dinyatakan dalamnya.

(6) Jika Jurnal Rasmi diterbitkan dalam lebih daripada satu bentuk, tarikh penyiaran Jurnal Rasmi hendaklah disifatkan sebagai tarikh Jurnal Rasmi pertama disiarkan dalam apa-apa bentuk.”.

Pindaan seksyen 47

11. Subseksyen 47(2) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut:

(ca) mengawal selia prosedur bagi merekodkan perkara yang dikehendaki di bawah seksyen 30;

(cb) menetapkan apa-apa perkara atau maklumat yang dikehendaki untuk disiarkan dalam Jurnal Rasmi;”.

kecualian dan peralihan

12. (1) Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah diteruskan seolah-olah Akta ini tidak diperbuat.

JW000084 A1449 (BM).indd 7 1/22/13 9:20:49 AM

Undang-Undang Malaysia8 AktA A1449

(2) Apa-apa perkara yang dikehendaki untuk disiarkan dalam Warta sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disiarkan dengan sewajarnya dalam Warta seolah-olah Akta ini tidak diperbuat.

(3) Apa-apa permohonan bagi pendaftaran sesuatu reka bentuk perindustrian yang belum selesai pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah diuruskan di bawah Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini.

(4) Kecuali bagi reka bentuk perindustrian berdaftar yang dikecualikan di bawah seksyen 49 Akta ibu, sesuatu reka bentuk perindustrian yang telah didaftarkan di bawah Akta ibu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini boleh, atas suatu permohonan di bawah seksyen 25 Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini, dilanjutkan bagi tempoh berturut-turut lanjutan yang ada selama lima tahun bagi setiap kali lanjutan.

(5) Apa-apa perkara yang disiarkan dalam Warta di bawah Akta ibu hendaklah disifatkan disiarkan dalam Jurnal Rasmi dan seksyen 46a hendaklah terpakai dengan sewajarnya tanpa menjejaskan mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

JW000084 A1449 (BM).indd 8 1/22/13 9:20:49 AM


立法 修正 (1 文本) 修正 (1 文本) 世贸组织文件号
IP/N/1/MYS/2
IP/N/1/MYS/D/2
无可用数据。

WIPO Lex编号 MY065